Belanjawan Perak 2024: Kadar Kad Perak Sejahtera naik kepada RM100

IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengumumkan peningkatan kadar tunai program kad bantuan makanan, Kad Perak Sejahtera dinaikan kepada RM100 mulai tahun hadapan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, program berkenaan dijangka akan memanfaatkan seramai 20,000 orang penerima.

Katanya kadar tunai program kad bantuan makanan itu telah dinaikkan daripada RM80 kepada RM90 pada tahun lalu.

“Sebagai komitmen berterusan kerajaan negeri untuk menyantuni rakyat yang terkesan dengan himpitan ekonomi terutamanya golongan sasar B40, program Kad Perak Sejahtera bagi pembelian barangan keperluan asas keluarga akan diteruskan pelaksanaannya pada tahun hadapan dengan peruntukan RM24 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Belanjawan Perak 2024 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, Saarani berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi Program Bantuan Kotak Makanan yang menyasarkan bantuan keperluan makanan kepada golongan B40, miskin, miskin tegar dan mangsa bencana di seluruh negeri.

“Inisiatif Kedai Bergerak Negeri Perak yang sejak sekian lama menjadi program yang sangat dekat dengan rakyat marhaen akan diteruskan dengan peruntukan RM820,000.

“Ia bagi membolehkan lapisan masyarakat terutamanya di luar bandar dapat membeli barang makanan dan keperluan dengan harga yang murah dan berpatutan,” ujarnya.-MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2024 RM1.35 bilion tertinggi dalam sejarah

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI