MGPerak: Belanjawan Perak 2025: Hampir Separuh Disalur Untuk Kesejahteraan Rakyat

43

Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan RM628.65 juta atau hampir separuh daripada keseluruhan Belanjawan Negeri Perak 2025 bagi kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM30.22 juta disalurkan bagi program-program kesejahteraan dekat dengan kehidupan rakyat.

Memperincikan perkara itu beliau berkata, RM24 juta diperuntukkan kerajaan negeri kepada inisiatif Kad Perak Sejahtera serta RM5 juta bagi Program Bantuan Kotak Makanan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini