MGPerak: Blok Pembangkang Hormati Keputusan Pengundian Pelantikan Senator

2

Blok pembangkang menerima dan menghormati keputusan pengundian berkaitan pelantikan Senator yang berlangsung pada hari ini, namun menegaskan perkara itu tidak seharusnya menjejaskan usaha ke arah penyatuan ummah, khususnya antara PAS dan UMNO.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Razman Zakaria berkata, hasrat tersebut selari dengan aspirasi sebahagian besar rakyat yang mahukan sebuah kerajaan diterajui kaum majoriti, namun pada masa sama menjamin hak semua kaum seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta menghormati prinsip asas negara. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini