Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri dipilih sebagai Ahli Dewan Negara mewakili negeri Perak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Khamis.
Usul pemilihan Ahli Dewan Negara atau Senator itu dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, sementara nama Ketua Pegawai Khas di Pejabat Ahli Parlimen Tambun itu diusulkan Sandrea Ng Shy Ching (PH-Teja) selaku pencadang wakil kerajaan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #pengerusiPKRPerak #AhliDewanNegara





