Kerajaan Negeri Perak memberi ruang kepada skim komuniti berpengawal di kawasan perumahan sedia ada untuk melalui proses pemutihan dan penyelarasan, sebelum tindakan penguatkuasaan diambil terhadap struktur yang tidak mendapat kelulusan.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, pendekatan itu diambil memandangkan terdapat kawasan perumahan yang telah lama mengendalikan skim keselamatan tanpa kelulusan lengkap, selain terdapat skim yang masih dalam proses mendapatkan kelulusan atau belum memenuhi sepenuhnya syarat ditetapkan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #SkimKomunitiBerpengawal





