IPOH – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan tradisi pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada penjawat awam.
Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, sehingga kini pihaknya masih menanti berita gembira berkenaan daripada Kerajaan Persekutuan memandangkan pemberian BKKA telah dilaksanakan sejak 10 tahun lalu.
#malaysiagazetteperak #mgperak