MGPerak: D’Aman Residensi Meru Raya Siap, Pembeli Mula Terima Kunci – Exco

44

IPOH – Projek perumahan D’Aman Residensi Meru Raya di sini, yang sebelum ini dikategorikan sebagai terbengkalai berjaya dipulihkan sepenuhnya, dengan proses penyerahan kunci kepada pembeli sedang berjalan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Sandrea Ng Sy Ching berkata, kerja-kerja pembinaan projek berkenaan telah siap sepenuhnya hasil kerjasama pelbagai pihak sebelum memasuki fasa mendapatkan Sijil Perakuan Siap dan Mematuhi (CCC) sekitar April lalu.

Menurut beliau, selepas CCC diperoleh, pihak pemaju kini dalam proses menghubungi pembeli bagi urusan penyerahan kunci kediaman masing-masing sejak Julai lalu. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini