MGPerak: Dewan Merdeka MPM Buka Lembaran Baharu Ke Arah Bandar Raya Pelancongan Dan Maritim 2030

2

Perasmian Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung (MPM) oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Selasa membuka lembaran baharu ke arah merealisasikan aspirasi Bandar Raya Pelancongan dan Maritim menjelang 2030.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peristiwa bersejarah itu turut menandakan kejayaan merealisasikan perancangan yang dimulakan sejak 2016 serta menjadi antara detik bersejarah sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun MPM.

Menurut beliau, Dewan Merdeka yang dibangunkan dengan kos RM12.7 juta itu mampu memuatkan sehingga 2,500 orang selain bakal menjadi pusat penganjuran program rasmi, persidangan serta pelbagai aktiviti kemasyarakatan. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #SultanPerak #DewanMerdekaMPM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini