Waris kepada dua remaja perempuan yang maut dalam nahas jalan raya di Jalan Padang Tembak di sini minggu lalu berhasrat menggunakan sebahagian bayaran Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) bagi melaksanakan badal haji untuk kedua-dua arwah.
Hasrat itu dizahirkan bapa kepada Allahyarham Nur Dania Arissa, 17, Salim Husain, 43, dan bapa kepada Allahyarham Nur Atikah, 16, Mohd Said Zaini, 55.
Mereka menyatakan hasrat itu selepas masing-masing menerima bayaran RM5,500 yang disampaikan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairuddin Abu Hanipah di sini, pada Selasa. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #SkimTakafulPelajarSekolahMalaysia





