Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak) berkerjasama dengan sebuah syarikat pembekal perkhidmatan dan solusi teknologi, Nityo Infotech Services Sdn. Bhd. (Nityo) bagi mentransformasikan aplikasi S.M.A.R.T Niaga@Perak kepada kepada satu platform e-dagang yang lengkap.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, melalui usaha itu Nityo akan membimbing 200 usahawan perusahaan industri kecil dan sederhana (PKS) dalam aplikasi berkenaan tanpa melibatkan sebarang kos daripada kerajaan negeri mahupun usahawan berkenaan.