DIUJI dengan kehilangan anak ketika baru berusia empat bulan serta pengalaman menjaga ibu mentua yang menghidap demensia menjadi titik tolak buat Norhidayah Roni untuk menceburi bidang perkhidmatan penjagaan pesakit dan warga emas atau ‘caregiver’.
Pengalaman pahit yang meninggalkan kesan mendalam terhadap wanita berusia 34 tahun itu turut membentuk ketabahan serta memberi kefahaman kepadanya mengenai keperluan penjagaan golongan yang memerlukan perhatian dan sokongan berterusan, khususnya pesakit dan warga emas. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #peraksejahtera2030 #NHHomeCareTransitCentre #perkhidmatanpenjagaanpesakitwargaemas #caregiver





