MGPerak: Guna Gelaran ‘Datuk Seri’ Tidak Diiktiraf: Pengerusi NGO Berdepan Hukuman Penjara

289

IPOH – Seorang pengerusi organisasi bukan kerajaan (NGO) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, pada Rabu atas pertuduhan menggunakan gelaran ‘Datuk Seri’ yang tidak diiktiraf.

Tertuduh, Saiful Sharma Abdullah, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.

Saiful Sharma didakwa mengikut Seksyen 3(2) Akta Kesalahan Berhubung Dengan Anugerah 2017 yang mana dia boleh dihukum di bawah akta sama.

Ekoran itu, dia berdepan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun jika disabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 28 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

#malaysiagazetteperak #mgperak #mahkamah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini