Penerima Anugerah Ikon Asnaf sempena Sambutan Maal Hijrah 1448H peringkat negeri Perak, Khairruddin Mazli, 35, berazam untuk membantu rakan-rakan orang kurang upaya (OKU) supaya dapat berdikari menerusi bidang keusahawanan.
Anugerah tersebut disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Sambutan Maal Hijrah 1448H peringkat negeri yang bertemakan ‘Cetusan Hijrah Inspirasi Perubahan-Aspirasi Pembaharuan’ pada Selasa.
Khairruddin yang menerima pengiktirafan tersebut daripada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melahirkan rasa syukur dan bangga atas pengiktirafan tersebut. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #AnugerahIkonAsnaf


