TANJUNG MALIM – Kerjasama usaha sama (JV) antara pemain asing dan pembekal tempatan bukan perkara baharu dalam ekosistem automotif terpilih Proton Holdings Bhd (Proton), namun kolaborasi terbaharu dilihat istimewa kerana membabitkan pengeluaran komponen keselamatan dan kritikal.
Naib Presiden Bahagian Projek Strategik Proton, Ainol Azmil Abu Bakar berkata, sebanyak 10 JV telah diwujudkan hasil pelaburan langsung asing, manakala lima lagi sedang menunggu permulaan operasi dan satu lagi masih dalam perancangan. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





