Lebih 2,300 unit kediaman yang tidak terjual di Perak merupakan majoriti rumah berharga RM200,000 ke atas, menurut Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching.
Menurut Sandrea, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), sebanyak 2,312 unit rumah tidak terjual di Perak pada 2022 di mana kediaman jenis pangsapuri dan kondominium merekodkan unit tidak terjual tertinggi di negeri ini.