IPOH – Proses undang-undang akan berjalan seperti biasa berhubung saman sivil yang difailkan keluarga Yap Shing Xuen, 16, terhadap kerajaan dan pihak berkaitan susulan kematian remaja itu dalam insiden tikaman di sebuah sekolah tahun lalu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata, pihak polis akan menjalankan siasatan yang diperlukan, manakala proses perundangan akan diteruskan mengikut prosedur ditetapkan.
Bagaimanapun, Kulasegaran enggan mengulas lanjut mengenai saman berkenaan kerana kes itu membabitkan Kementerian Pendidikan (KPM), selain beliau tidak mempunyai maklumat lengkap mengenainya. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





