Status enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengisytiharkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya layak diputuskan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor berkata, keputusan tersebut hanya boleh dibuat Speaker Dewan Rakyat sama ada enam Ahli Parlimen tersebut kekal atau perlu mengosongkan kerusi masing-masing.