MGPerak: Komanwel 2026: Izzat Shameer, Aleena Bakal Terima Insentif Kerajaan Perak

7

IPOH – Kerajaan negeri akan menyalurkan insentif kemenangan kepada dua atlet kelahiran Perak yang memperoleh tempat kedua dalam acara boling padang pada Sukan Komanwel 2026 di Glasgow Scotland.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, dua atlet berkenaan adalah Muhammad Izzat Shameer yang meraih perak perseorangan lelaki dan Aleena Ahmad Nawawi meraih pingat sama bagi beregu wanita.

Menurutnya, kadar insentif berkenaan telah ditetapkan serta diluluskan menerusi Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak mengikut kategori dan tahap kejohanan. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini