MGPerak : Lebih 1,000 Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Norfarahimi

290

SELAMA – Lebih 1,000 orang terdiri daripada keluarga, saudara mara dan orang awam menyambut ketibaan jenazah Pegawai Waran II, Norfarahimi Mohammad Saedy, 41, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Damak, Sungai Bayor dekat sini, malam tadi.

Jenazah, Norfarahimi tiba sekitar jam 7.50 malam diiringi suami, Pegawai Waran I, Muhd Faizul Kameh, 42, ke tanah perkuburan tersebut.

Suasana suram dan hiba mengiringi ketibaan Allahyarhamah Norfarahimi yang dihadiri ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai termasuk penduduk kampung.

Ahli keluarga diberi peluang membuka keranda bagi menatap wajahku jenazah Norfarahimi untuk kali terakhir.

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini