Penganjuran Rimba Raid Lenggong 2024 menjadikan Lenggong bukan hanya dikenali Tapak Warisan Dunia UNESCO tetapi sebagai destinasi baharu sukan permotoran lasak yang berprestij.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keindahan dan keunikan bumi Lenggong yang saban tahun menjadi tumpuan dunia kini sekali lagi mencipta sejarah apabila dipilih menjadi lokasi edisi kesembilan Rimba Raid.
Menurut beliau dengan statusnya sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, Lenggong kini diangkat sebagai pentas sukan bertaraf dunia, membuka peluang lebih luas untuk memperkenalkan pelbagai tarikan luar biasa yang terdapat di sini. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak