IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diminta segera menyiasat dakwaan tular mengenai kewujudan sebuah sekolah untuk etnik Rohingya yang beroperasi di sebuah bangunan terbiar di sekitar Jalan Lahat, di sini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, siasatan perlu dilakukan susulan dakwaan berkenaan, selain tindakan boleh diambil sekiranya premis terbabit digunakan tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menurutnya, agensi berkaitan termasuk Kementerian Pendidikan (KPM) juga boleh mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat pelanggaran terhadap peraturan ditetapkan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





