BANGUNAN lama serta tugu bersejarah yang menjadi mercu tanda di bandar raya Ipoh masih kekal utuh dan terpelihara dengan baik sehingga kini.
Salah satu daripada mercu tanda tersebut adalah Menara Jam Peringatan Birch atau Tugu Peringatan Birch yang terletak berhadapan dengan Masjid Negeri Perak iaitu Masjid Sultan Idris Shah II.
S Sundralingam, 68, yang juga pengasas Ipoh Heritage Walk Sundra berkata, minat mendalamnya terhadap sejarah membuatkan dia ‘tergerak hati‘ untuk berkongsi mercu tanda itu dengan membawa pelancong dalam dan luar negara meneroka jejak warisan di sekitar Ipoh. -MGPerak