SUNGAI SIPUT – Polis masih giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kes penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah beg pakaian yang dibalut dengan plastik di Sungai Perak berhampiran Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah dekat Kuala Kangsar pada bulan lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, setakat ini motif pembunuhan itu masih belum jelas dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi merungkai kejadian sebenar berlaku. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





