SUNGAI SIPUT – Komuniti Orang Asli bukan sekadar penerima manfaat pembangunan luar bandar, malah turut tampil sebagai penggerak yang mencorakkan pengisian Jelajah Sejahtera Desaku dan Program 3S (Sejahtera, Sihat dan Sukan) @ DUN Lintang.
Penglibatan itu diterjemahkan menerusi penyertaan aktif mereka dalam pelbagai aktiviti termasuk pertandingan menyumpit dan demonstrasi masakan tradisional Orang Asli yang menjadi antara tarikan pada program berkenaan.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, penglibatan masyarakat Orang Asli dalam program tersebut membuktikan mereka mempunyai ruang dan peranan penting dalam menjayakan agenda pembangunan komuniti setempat. -MGPerak.
#malaysiagazetteperak #mgperak





