MGPerak: Pelabur REE Perlu Bawa Teknologi, Kongsi Kepakaran – Johari

8

IPOH – Pelabur asing yang berminat melabur dalam sektor industri unsur nadir bumi (REE) di Malaysia perlu membawa teknologi serta bersedia untuk berkongsi kepakaran masing-masing, selain terlibat secara langsung dalam keseluruhan rantaian industri berkenaan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pelaburan dalam sektor REE tidak seharusnya tertumpu kepada aktiviti huluan semata-mata, sebaliknya perlu merangkumi aktiviti pertengahan dan hiliran.

Katanya, pendekatan itu penting bagi memastikan negara tidak hanya mendapat manfaat daripada aktiviti perlombongan dan eksport, sebaliknya mampu membangunkan industri REE bernilai tinggi dalam negara. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini