MGPerak: Pendawai Elektrik Bebas Pertuduhan Benarkan Pokok Ganja Ditanam

71

Seorang pendawai elektrik terlepas daripada hukuman penjara seumur hidup selepas Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Khamis melepaskan dan membebaskan pertuduhan ke atasnya membenarkan pokok ganja ditanam di sebuah rumah, tiga tahun lalu.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Azizi Ayub, 37, di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu dituduh membenarkan pokok kanabis seberat 253.4 gram di mana pokok itu diperoleh secara langsung, ditanam oleh seseorang lain dalam beg plastik dan dibiarkan tumbuh. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #tanampokokganja

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini