MGPerak: Penduduk Perak Tengah Bimbang Banjir Besar 2014 Berulang

72

Penduduk di sekitar daerah Perak Tengah meluahkan rasa bimbang peristiwa banjir besar pada 2014 berulang susulan hujan lebat yang menyebabkan air naik sejak semalam.

Tinjauan MG Perak di daerah tersebut mendapati beberapa kawasan masih dinaiki air antaranya di Kampung Pulau Misa Melayu di Kampung Kepayang, Kampung Pulau Tiga Kiri, Kampung Gajah dan Jalan Padang Koba di Kampung Teluk Bakong Hulu.

Seorang penduduk, Shahrul Nizam Mat Salleh, 52, ketika ditemui berkata, hujan lebat tanpa henti dari jam 12 tengah hari semalam menyebabkan rumah pusaka yang didiami sejak lahir dinaiki air. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini