MGPerak: Perak Belanja RM1.35 Juta Bantuan Aidilfitri Untuk 59 DUN – Saarani

96

Kerajaan Negeri Perak membelanjakan RM1.35 juta bagi pemberian khas bantuan Hari Raya Aidilfitri yang disalurkan kepada 9,000 penerima di seluruh negeri, tahun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukan disalurkan kepada semua 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan setiap seorang menerima insentif berjumlah RM150.

Katanya, selain golongan kurang berkemampuan, pemberian bantuan khas Hari Raya itu juga disalurkan kepada penerima dalam golongan warga emas. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini