MGPerak: Perak Mahu Kekal Kejuaraan ‘Pavilion Terbaik’ Sepanjang Penganjuran MAHA

1

KEJAYAAN Perak mengekalkan kejuaraan enam kali berturut-turut sebagai pavilion terbaik sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) sejak 2012 bukan sekadar membanggakan malah boleh dianggap sebagai pencapaian luar biasa.

Ini kerana setiap kali penganjuran MAHA pertandingan melibatkan pavilion negeri sentiasa ditambah baik dengan pelbagai perubahan yang dibawa bagi memastikan persaingan yang sihat serta sengit.

Berlangsung pada 11 hingga 24 September MAHA 2024 yang menyambut ulang tahun penganjurannya yang ke-100 tahun membawa beberapa perubahan melalui sembilan kategori yang dipertandingkan pada kali ini termasuk Pavilion@Laman IDOL MAHA 2024. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini