GERIK – Sebanyak RM14 juta diperuntukkan Kerajaan Persekutuan dan negeri kepada Jabatan Pertanian Perak pada 2026 yang turut memberi manfaat kepada 15,427 orang petani, usahawan tani dan pesawah di negeri ini.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, melalui peruntukan berkenaan pelbagai program pembangunan pertanian dapat dilaksanakan dalam usaha memperkasa pembangunan sektor pertanian.
Beliau berkata, antaranya pelaksanaan projek peningkatan pengeluaran, pembangunan kapasiti, penggunaan teknologi moden serta pengukuhan rantaian nilai agromakanan. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





