MGPerak: RM200,000 Diperuntukkan Naik Taraf Dewan Orang Ramai Di Buntong

96

IPOH – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM200,000 untuk kerja-kerja menaik taraf Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Jalan Sungai Pari, Buntong, di sini, dalam usaha menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan kondusif kepada komuniti setempat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata, kerja penambahbaikan dewan berkenaan sedang dan akan dilaksanakan sepenuhnya melalui Pejabat Pembangunan Negeri Perak.

Menurutnya, peruntukan sebanyak RM50,000 turut disalurkan kepada 10 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dalam Parlimen Ipoh Barat melalui sumbangan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini