Keluarga pelajar kena tikam saman kerajaan: Proses undang-undang ikut prosedur

IPOH – Proses undang-undang akan berjalan seperti biasa berhubung saman sivil yang difailkan keluarga Yap Shing Xuen, 16, terhadap kerajaan dan pihak berkaitan susulan kematian remaja itu dalam insiden tikaman di sebuah sekolah tahun lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata, pihak polis akan menjalankan siasatan yang diperlukan, manakala proses perundangan akan diteruskan mengikut prosedur ditetapkan.

Bagaimanapun, Kulasegaran enggan mengulas lanjut mengenai saman berkenaan kerana kes itu membabitkan Kementerian Pendidikan (KPM), selain beliau tidak mempunyai maklumat lengkap mengenainya.

“Saya tidak mahu komen sebab ini di bawah KPM. Kedua, saya tidak mempunyai fakta penuh.

“Tetapi tindakan kerajaan dan tindakan polis akan ada. Proses biasa, kecuali ada sesuatu yang luar biasa dan kita akan beri tekanan kepada pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program MADANI Kita (PMK) Bersama Komuniti Buntong 2026 di Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Jalan Sungai Pari, Buntong, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kulasegaran berkata, usaha menangani isu membabitkan golongan muda perlu turut memberi penekanan terhadap aspek bimbingan kepada ibu bapa dan kesihatan mental.

“Semalam pun, saya ada satu program di Serdang. Saya berjumpa dengan lebih 1,000 ibu bapa. Mereka mengadakan kursus 10 minggu, setiap hari Sabtu, tiga jam.

“Itu untuk memberi bimbingan kepada ibu bapa untuk mengetahui dan memahami apa keperluan anak-anak mereka,” katanya.

Beliau berkata, kaedah mendidik anak turut mengalami perubahan seiring perkembangan zaman, termasuk dari segi pendekatan disiplin yang digunakan oleh ibu bapa.

Tambahnya, kerajaan kini turut dalam proses menggubal undang-undang berkaitan isu berkenaan dengan mengambil kira pandangan daripada agensi tertentu serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – MG Perak

Artikel Berkaitan:

RM200,000 diperuntukkan naik taraf Dewan Orang Ramai di Buntong

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI