RM200,000 diperuntukkan naik taraf Dewan Orang Ramai di Buntong

IPOH – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM200,000 untuk kerja-kerja menaik taraf Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Jalan Sungai Pari, Buntong, di sini, dalam usaha menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan kondusif kepada komuniti setempat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata, kerja penambahbaikan dewan berkenaan sedang dan akan dilaksanakan sepenuhnya melalui Pejabat Pembangunan Negeri Perak.

Menurutnya, peruntukan sebanyak RM50,000 turut disalurkan kepada 10 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dalam Parlimen Ipoh Barat melalui sumbangan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Peruntukan itu akan diterjemahkan menerusi pelaksanaan program pemberian Bakul Rahmah kepada komuniti KRT yang memerlukan sebagai tanda keprihatinan serta usaha bersama membantu meringankan beban dan menjaga kebajikan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program MADANI Kita (PMK) Bersama Komuniti Buntong 2026 di Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Jalan Sungai Pari, Buntong, di sini hari ini.

RM200,000 diperuntukkan naik taraf Dewan Orang Ramai di Buntong
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran melawat gerai jualan Rahmah pada Program Madani Kita (PMK) Tahun 2026 Bersama Komuniti Buntong di Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun, Buntong, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 OKTOBER 2026.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik) Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud dan Pengarah Pembangunan Perak, Datuk Mohd Zakuan Zakaria.

Dalam pada itu, Kulasegaran berkata, PMK yang diadakan pada hari ini secara tidak langsung memberi manfaat kepada rakyat melalui penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih mudah, bersepadu dan dekat dengan masyarakat.

“Program ini turut menjadi ruang interaksi dua hala antara rakyat dan kerajaan, meningkatkan kefahaman terhadap dasar inisiatif kerajaan.

“Di samping memperkukuhkan kerjasama antara agensi, komuniti, badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta.

“Lebih penting, program ini menyemai kebersamaan, kejiranan dan kesukarelawanan dalam melahirkan komuniti yang bukan sahaja menerima manfaat pembangunan, tetapi turut menjadi rakan strategik kerajaan dalam membina masyarakat yang sejahtera dan negara,” ujarnya.

Program yang berlangsung selama sehari itu menarik lebih 2,000 pengunjung dengan 35 reruai pameran melibatkan agensi serta jabatan kerajaan, selain menawarkan pelbagai jualan termasuk Jualan Rahmah. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Karnival Sinergi Komuniti MADANI platform promosi TVET kepada masyarakat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI