MGPerak: Simpan Tiket Fizikal Buat Koleksi

306

IPOH – Walaupun tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023 Perak FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dijual secara atas talian (online), masih ada penyokong tegar yang datang ke Stadium Perak, di sini untuk membeli tiket fizikal.

Tinjauan Malaysia Gazette petang tadi mendapati kurang orang yang berbaris untuk mendapatkan tiket fizikal mungkin disebabkan mereka lebih cenderung untuk membeli tiket secara online kerana ia lebih mudah dan cepat.

Seorang penyokong The Boss Gaurus, Khaireel Helmy Ismail, 42, dari Ipoh berkata dia memang membeli tiket fizikal kerana suka memegang tiket fizikal berbanding membelinya secara online. – MGHPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

BACA ARTIKEL:

Penyokong tegar Perak FC pilih tiket fizikal

Penyokong tegar Perak FC pilih tiket fizikal

1 KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini