IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memuji sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin dua buah institusi agama iaitu Masjid Al-Falah Subang Jaya dan pemimpin Kuil Sri Maha Kaliamman Jalan Putra Harmoni semasa peristiwa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, baru-baru ini.
Baginda bertitah, pemimpin dua buah rumah ibadat tersebut membuka pintu rumah ibadat masing-masing kepada mangsa dan petugas, tanpa mengira identiti kaum atau agama untuk dijadikan tempat perlindungan, malah dibenarkan umat Islam menunaikan solat dalam premis kuil. -MGPerak