MGPerak: Sultan Perak Perkenan 81 Belia Baca Khutbah Jumaat

66

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan kepada 81 belia di negeri ini untuk membacakan khutbah Jumaat di masjid semua daerah bersempena sambutan Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, ia bagi mengiktiraf dan memperakui peranan penting belia kepada negara.

Katanya, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perak telah mengemukakan kesemua nama pemimpin belia terbabit untuk mendapat sembah perkenan Sultan Nazrin bagi membaca khutbah Jumaat. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini