MGPerak: Sultan Perak Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

308

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Klinik Kesihatan Kuala Kangsar di sini, hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama mengiringi baginda Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad barisan Exco Kerajaan Perak; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Kesihatan Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini