MGPerak: Taiping Jadi Tumpuan Pelari Ultra Dunia, Hampir 3,000 Sertai UTMB

8

TAIPING – Hampir 3,000 pelari dari puluhan negara menyertai Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026, yang menguji ketahanan fizikal dan mental menerusi laluan hutan serta kawasan berbukit sekitar Taiping.

Acara MY100 sejauh 100 kilometer dengan jumlah pendakian sekitar 4,802 meter turut menyajikan cabaran cuaca panas, kelembapan tinggi serta laluan yang berpotensi licin ketika hujan.

Antara tarikan utama perlumbaan ialah laluan sekitar Bukit Larut, sekali gus mengetengahkan keunikan alam semula jadi Taiping kepada peserta tempatan dan antarabangsa. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini