TAIPING – Wanita hamil tujuh bulan antara 11 individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping, pada Khamis atas dakwaan terlibat dengan aktiviti penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud, bulan lalu.
Ng Kai Yee, 22; Toh Khai Shean, 24; Lee Kong Pa, 22; dan Yeoh Li Kee, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.
Pengakuan dan pertuduhan sama turut dibacakan berasingan terhadap Chuah Cher Seng, 25; Lam Yong Jun, 24; Ng Zi Cong, 25; Yeong Yong Long, 24; Wong Li Jia, 23; Leong Ying Zhi, 21, dan Leyu Yee Ying, 24.
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa bersama-sama bersetuju terbabit dalam suatu pakat jahat melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dengan cuba menipu mangsa dengan tawaran pekeriaan tidak wujud. – MGPerak