MalaysiaGazette mengorak setapak ke hadapan apabila menjalinkan kerjasama secara rasmi dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), malam tadi.
Usaha itu dimeterai melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin bersama Ketua Pegawai Eksekutif MalaysiaGazette, Noraini Abd Razak pada Jamuan Makan Malam bersempena Majlis Menandatangani MoU Pelancongan Mesra Muslim di Hotel M Roof, di sini.