Pendidik harus dedahkan anak didik realiti kehidupan – Raja Permaisuri Perak

TANJUNG MALIM – Golongan pendidik harus memberi pendedahan kepada anak didik atau pelajar dengan mempersiapkan mereka kepada pendidikan yang berteraskan kepada realiti kehidupan.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim bertitah, mereka juga harus mengizinkan anak didik untuk berfikiran kreatif dan membolehkan mereka mencabar kelaziman kehidupan.

Titah Baginda, oleh itu warga pendidik yang sejati mempunyai semangat dan jati diri yang ikhlas dalam mendidik anak didiknya.

raja permaisuri perak tuanku zara salim pendidik anak didik guru tanjung malim konvokesyen UPSIraja permaisuri perak tuanku zara salim pendidik anak didik guru tanjung malim konvokesyen UPSI
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim bertitah pada Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-25 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 NOVEMBER 2023.

“Guru yang sejati bukan sahaja hebat dalam kaedah pengajarannya, malah memiliki sifat pendidik yang semula jadi lagi berhemah, dihormati dan dikasihi oleh para murid juga masyarakat.

“​Rasulullah SAW ialah suri teladan seorang pendidik yang wajib dijadikan contoh.

“Baginda mendidik insan dengan jiwa dan ihsan, mempamerkan sifat-sifat gigih, tekun lagi bersungguh dalam usaha mengilmukan insan dengan penuh sabar serta kasih sayang,” katanya.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kali Ke-25 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI, dekat sini, pada Rabu.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat pada Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-25 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 NOVEMBER 2023.

Selain itu, Tuanku Zara bertitah, golongan pendidik juga dilahirkan hasil didikan ibu bapa juga merupakan insan budiman yang mencurahkan segala kasih sayang dan pengorbanan.

“ Kenangi dan hargai segala pengorbanan mereka dengan menjadi anak soleh yang dapat membantu kehidupan mereka pada hari tua dan ketika mereka telah kembali ke Rahmatullah.

“​Begitu juga hargai peranan dan jasa para guru yang telah memperkenalkan kepada huruf dan angka, membaca, menulis dan mengira, sejak di tadika hingga menjadi panduan para pensyarah ketika berada di taman ilmu bernama universiti,” titah baginda lagi.

raja permaisuri perak tuanku zara salim pendidik anak didik guru tanjung malim konvokesyen UPSIraja permaisuri perak tuanku zara salim pendidik anak didik guru tanjung malim konvokesyen UPSI
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyampaikan skrol ijazah kepada graduan pada Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-25 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 NOVEMBER 2023.

Terdahulu ketika menyampaikan sembah ucapan, Dr Md Amin berkata, seramai 7,616 orang graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis istiadat berkenaan.

“Daripada jumlah itu, ia merangkumi 121 penerima ijazah Doktor Falsafah, 1,487 Ijazah Sarjana, 4,240 Ijazah Sarjana Muda, 852 diploma serta 916 graduan menerima Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah.

raja permaisuri perak tuanku zara salim pendidik anak didik guru tanjung malim konvokesyen UPSIraja permaisuri perak tuanku zara salim pendidik anak didik guru tanjung malim konvokesyen UPSIraja permaisuri perak tuanku zara salim pendidik anak didik guru tanjung malim konvokesyen UPSI
Graduan menunjukkan ijazah pada Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-25 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 NOVEMBER 2023.
raja permaisuri perak tuanku zara salim pendidik anak didik guru tanjung malim konvokesyen UPSIraja permaisuri perak tuanku zara salim pendidik anak didik guru tanjung malim konvokesyen UPSI
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat pada Majlis Istiadat Konvokesyen kali ke-25 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 NOVEMBER 2023.

Pada majlis istiadat sesi pertama itu turut menyaksikan Tuanku Zara berkenan menyampaikan watikah pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UPSI kepada bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ismail Bakar.

Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam Federalisme Fiskal di Universiti of Hull, United Kingdom, Ismail pernah memegang beberapa portfolio penting antaranya Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan. – MG Perak.

 

Artikel Berkaitan:

UPSI rai 7,616 graduan pada Istiadat Konvokesyen Jubli Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI