DAP memberi peringatan kepada semua wakil rakyat daripada partinya untuk menepati petunjuk prestasi utama (KPI) dan sekiranya tidak, kedudukan mereka bakal diganti dengan barisan pelapis pada pilihan raya akan datang.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata justeru beliau memberi peringatan agar mereka sentiasa melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan rakyat baik di peringkat persekutuan mahupun negeri.