Cadangan pembinaan lapangan terbang di Seri Iskandar masih jauh – Loke

IPOH – Cadangan terhadap pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar, Bota disifatkan masih jauh untuk dilaksanakan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Menurutnya ini kerana ini pelaksaannya memerlukan proses yang panjang dan rumit termasuk perlu memperoleh kelulusan daripada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) terlebih dahulu.

“Memang sebelum ini Kerajaan Perak ada membawa cadangan untuk membina lapangan terbang baru di Seri Iskandar, tapi ia sudah lama diusulkan, cuma belum dapat direalisasikan.

“Seperti yang saya kata pembinaan sesebuah lapangan terbang baru ini, ia memerlukan proses yang sangat panjang.

“Pertamanya ia mesti melalui MPFN, dan jika tidak dapat kelulusan daripada MPFN, ia tidak boleh mulakan proses itu. Dan ia satu proses yang sangat rumit dan bukan mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Perak Ke-22, di Hotel Kinta Riverfront di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa serta Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Azian Osman.

Justeru itu, Loke berkata ketika ini kementeriannya lebih memberi tumpuan kepada usaha menaik taraf lapangan terbang sedia ada seperti terminal Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), di sini.

“Apa yang kita nak lihat ialah kita hendak menaik taraf lapangan terbang yang sedia ada seperti LTSAS ini di samping tidak menjejaskan struktur sedia ada,” katanya lagi.

BACA LAGI:

Sebelum ini, media melaporkan Kerajaan Perak mengharapkan agar Persekutuan bersetuju terhadap cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa di Seri Iskandar terletak di kawasan Perak Tengah, bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi di negeri.

Lapangan tersebut dilihat mampu memenuhi keperluan negeri untuk bersedia menerima limpahan pelaburan terutama Bandar Perindustrian Ma­ritim Lumut (LuMIC) yang berpotensi mencipta pelaburan sehingga RM72 bilion bagi tempoh 25 tahun akan datang.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan negeri negeri sudah ada tanah yang sesuai untuk dibangunkan lapangan terbang tersebut.

Namun ujarnya cadangan itu masih tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan (Mof) dan Kementerian Pengangkutan (MoT). -MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI