Mohd Yusri sebak berucap pada Perhimpunan Pertukaran Ketua Polis Perak

IPOH – Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri sebak ketika berucap pada Perhimpunan Khas Sempena Pertukaran Ketua Polis Perak di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, pada Selasa.

Mantan Ketua Polis Perak itu menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuasa kuasa Isnin.

Ketika membacakan teks ucapan Mohd Yusri berkata, beliau berbangga apabila diberikan peluang berkhidmat di negeri kelahirannya bermula 24 Ogos 2022.

pegawai Perhimpunan Khas Pertukaran Ketua Polis Perak IPK Mohd Yusri PDRM sebak negeri
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika berucap pada Perhimpunan Khas Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 JULAI 2024.

Katanya, sepanjang tempoh satu tahun 11 bulan memikul amanah ketua polis negeri, beliau gembira dapat melihat kerjasama serta semangat berpasukan tinggi ditunjukkan pegawai dan anggota hingga menghasilkan banyak kejayaan dalam operasi.

“Saya mengharapkan, kejayaan-kejayaan yang telah diperoleh oleh Polis Perak sepanjang saya di sini, akan menjadi suatu kenangan manis.

“Semoga semua warga kerja Polis Perak, terus bertekad untuk meneruskan pencapaian-pencapaian kecemerlangan ini, tidak kira siapa yang akan menerajui kepimpinan Polis  Perak ini.

“Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua warga kerja, yang telah bersama-sama untuk memastikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak sentiasa berada di landasan,” katanya.

pegawai Perhimpunan Khas Pertukaran Ketua Polis Perak IPK Mohd Yusri PDRM sebak negeri
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada Perhimpunan Khas Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 JULAI 2024.

Pada masa sama Mohd Yusri memberitahu, beliau yakin Datuk Azizi Mat Aris yang mula mengambil alih jawatan Ketua Polis Perak akan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

“Saya gembira apabila dimaklumkan bahawa timbalan saya akan mengambil alih jawatan Ketua Polis Perak, yang mana beliau telah bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Perak bermula pada 8 November 2021 dan Perak juga adalah negeri kelahiran beliau.

“Maka, ia pastinya tidak akan memberi sebarang kesulitan kepada beliau sendiri, yang telah pun masak dengan selok belok suasana, keadaan, keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini,” katanya.

pegawai Perhimpunan Khas Pertukaran Ketua Polis Perak IPK Mohd Yusri PDRM sebak negeri
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri bergambar bersama pegawai dan anggota polis pada Perhimpunan Khas Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 JULAI 2024.

Mohd Yusri, 54, yang juga anak kelahiran Langkap, Teluk Intan itu telah berkhidmat dalam PDRM sejak tahun 1991.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan antaranya pegawai penyiasat, pegawai pengiring kepada perdana menteri, Sultan Pahang, Yang di-Pertuan Agong, Ketua Polis Daerah Bentong serta Timbalan Ketua Polis Pahang sebelum bertugas di Perak. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Azizi Ketua Polis Perak baharu

Mohd Yusri mula tugas Pengarah JSPT Bukit Aman hari ini

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI