Motosikal pemberian Baitulmal bawa rezeki ’16 Koffe

HANYA serendah RM4, penggemar kopi boleh menikmati kopi bru sejuk (cold brew coffee) gabungan biji kopi Arabica dan Robusta yang mempunyai aroma serta rasa setanding dengan jenama terkemuka.

Pemiliknya, Noor Azwin Mohamed, 39, berkata, ilham untuk mengusahakan ’16 Koffe ini tercetus sewaktu pandemik Covid-19 melanda kira-kira empat tahun lalu.

Pada ketika itu, Noor Azwin yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah kafe hanya memperoleh pendapatan ‘cukup-cukup makan’ untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Justeru, dia bersama isteri, Nur Fidatul Ena Saiedin, 44, memikirkan cara terbaik untuk menambah pendapatan bagi menyara keluarga mereka dan dari situ perjalanan ’16 Koffe bermula.

Motosikal Baitulmal punca rezeki ’16 Koffe
Air minuman coklat antara jualan Pemilik ’16 Koffe, Noor Azwin Mohamed, 39, di Flat Ashby, Ipoh.
Hanya serendah RM4, penggemar kopi boleh menikmati kopi bru sejuk (cold brew coffee) yang mempunyai aroma dan rasa setanding dengan jenama terkemuka. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 JUN 2024.

Baitumal beri bantuan motosikal roda tiga

Menurutnya, pengasas ’16 Koffe ini adalah isterinya yang mempunyai pengalaman luas dalam penyediaan pelbagai jenis kopi.

“Isteri saya pernah bekerja sebagai barista dan semua kopi termasuk ‘signature coffee’ di sini adalah resipi ciptaannya.

“Pada mulanya kami memulakan perniagaan kopi secara kecil-kecilan dengan COD (cash on delivery) di rumah sahaja dengan menjualnya kepada kawan-kawan.

“Sampai satu tahap, permintaan semakin tinggi dan kami terpaksa fikir cara lain untuk menampung permintaan pelanggan,” katanya ketika ditemui MG Perak baru-baru ini.

Motosikal Baitulmal punca rezeki ’16 Koffe
Pemilik ’16 Koffe, Noor Azwin Mohamed, 39, memberi air kopi pelanggannya di Flat Ashby, Ipoh.
Hanya serendah RM4, penggemar kopi boleh menikmati kopi bru sejuk (cold brew coffee) yang mempunyai aroma dan rasa setanding dengan jenama terkemuka. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 JUN 2024.

Noor Azwin berkata, dia dan isteri mula mencari idea baharu untuk mengembangkan perniagaan mereka supaya permintaan pelanggan dapat ditunaikan.

“Kemudian seorang rakan mencadangkan kepada kami supaya memohon bantuan motosikal roda tiga di Baitulmal Perak.

“Asalnya hendak berniaga air dalam balang sahaja dan cuba memohon di Baitumal untuk mendapatkan kenderaan tersebut bagi tujuan berniaga.

“Alhamdulillah, dalam masa dua bulan permohonan untuk motosikal roda tiga diluluskan dan kami mula berniaga di kawasan Flat Ashby, Jalan Hospital menggunakan kenderaan ini sejak empat tahun lalu,” jelasnya.

Asal usul nama ’16 Koffe

Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, tanda koma di hadapan ’16 Koffe bermaksud resipi asli kopi tersebut dicipta pada tahun 2016.

Katanya, keistimewaan kopi mereka adalah ia melalui proses rendaman menggunakan air sejuk selama 12 jam bagi menghasilkan kopi bru sejuk dengan aroma yang enak.

Motosikal Baitulmal punca rezeki ’16 Koffe
Pemilik ’16 Koffe, Noor Azwin Mohamed, 39, membancuh air kopi pelanggannya di Flat Ashby, Ipoh.
Hanya serendah RM4, penggemar kopi boleh menikmati kopi bru sejuk (cold brew coffee) yang mempunyai aroma dan rasa setanding dengan jenama terkemuka. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 JUN 2024.

“Alhamdulillah, ramai pelanggan yang datang berulang ke sini, mungkin kena dengan citarasa mereka.

“Ada juga pelanggan datang dari luar Perak antaranya daripada Johor dan Kuala Lumpur malah ada yang berhasrat untuk membuka francais kopi ini di tempat lain,” jelasnya.

Cadang perluaskan jenama ’16 Koffe

Dalam pada itu, Noor Azwin berkata, mereka merancang untuk memperluaskan jenama ’16 Koffe pada masa akan datang.

Bagaimanapun, dia berkata, atas faktor terdapat beberapa kekangan hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

“Memang kami ada perancangan untuk memperluaskan perniagaan ini malah kami pernah memohon kedai untuk menghasilkan lebih banyak kopi bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Disebabkan berdepan dengan sedikit kekangan kami tangguh dulu,” katanya.

Motosikal Baitulmal punca rezeki ’16 Koffe
Pemilik ’16 Koffe, Noor Azwin Mohamed, 39, menyediakan air kopi pelanggan di Flat Ashby, Ipoh.
Hanya serendah RM4, penggemar kopi boleh menikmati kopi bru sejuk (cold brew coffee) yang mempunyai aroma dan rasa setanding dengan jenama terkemuka. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 JUN 2024.

Pencinta kopi atau mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baharu boleh singgah ke ’16 Koffe di hadapan Flat Ashby, Jalan Hospital setiap hari dari jam 11 pagi hingga 6 petang kecuali Sabtu dan Ahad.

Antara ‘best seller’ kopi yang dijual di situ adalah signature ’16 Koffe, salted caramel, mocha hazelnut dan iced chocolate. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Rezeki 70 tin biskut ‘lejen’

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI