Op Selamat 23: 1.82 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya utama hari ini

TAPAH – Aliran trafik di lebuh raya utama dijangka mampu mencecah 1.82 juta kenderaan pada hari terakhir Op Selamat 23 yang diadakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina sejak 28 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, keadaan trafik menuju ke ibu kota juga masih terkawal walaupun pergerakan kenderaan agak perlahan di sepanjang lebuh raya ini.

“Kenderaan memang nampak semakin banyak, ketika ini pada skala dua dan tiga.

“Saya berjumpa dengan orang ramai dan mereka sendiri menunjukkan sikap positif, dan tahu kenderaan semakin bertambah dan perjalanan akan sedikit perlahan.

“Semua ini menuntut kesabaran di atas jalan raya.

Op Selamat 23: 1.82 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya utama hari ini
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menyampaikan goodies bag kepada penumpang bas pada Program Advokasi Op Selamat 23 Sempena Tahun Baharu Cina 2025 di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Tapah Arah Selatan. ABDULLAH YUSOF, 02 FEBRUARI 2025.

“Justeru, kita memohon dan merayu supaya semua pengguna jalan raya dapat bersabar mematuhi peraturan jalan raya dan bertoleransi di atas satu sama lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Advokasi Op Selamat 23 Tahun Baharu Cina 2025 di kawasan Rehat dan Rawat Tapah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat.

Dalam perkembangan sama, Mohd Yusri berkata, menerusi kempen advokasi yang dijalankan melalui beberapa saluran seperti media dan media sosial.

“Justeru, pengguna jalan raya telah merancang perjalanan daripada awal dan bersedia untuk menghadapi situasi-situasi yang telah dijangkakan.

“Memang pada setiap tahun setiap kali perayaan utama lebuh raya akan menghadapi kesesakan yang luar biasa,” jelasnya.

Op Selamat 23: 1.82 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya utama hari ini
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menyerahkan goodies bag kepada pegawai bomba pada Program Advokasi Op Selamat 23 Sempena Tahun Baharu Cina 2025 di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Tapah Arah Selatan. ABDULLAH YUSOF, 02 FEBRUARI 2025.

Sementara itu, Mohd Yusri berkata, sebanyak 104,235 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang lima hari Op Selamat 23 berlangsung  sehingga semalam.

Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak 49,339 saman telah dikeluarkan melibatkan  enam kesalahan utama.

“Kesalahan tersebut meliputi memandu melebihi had laju yang mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 44,940 saman, diikuti memandu di lorong kecemasan dan memotong di garisan berkembar.

Op Selamat 23: 1.82 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya utama hari ini
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menyampaikan goodies bag kepada para peniaga pada Program Advokasi Op Selamat 23 Sempena Tahun Baharu Cina 2025 di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Tapah Arah Selatan. ABDULLAH YUSOF, 02 FEBRUARI 2025.

“Selain itu, kesalahan lain yang turut dikesan termasuklah memotong barisan, gagal mematuhi lampu isyarat dan  berkembar, memandu menggunakan alat telekomunikasi (telefon bimbit),” jelasnya.

Beliau berkata, jumlah saman itu merekodkan penurunan sebanyak 78,798 atau 43 peratus pada operasi yang sama tahun lalu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

21 laluan blackspot, 43 lokasi hotspot di Perak dikenal pasti

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI