Operator kren meninggal dunia dalam kabin di ketinggian 20 meter

KUALA LUMPUR – Seorang operator kren menara disahkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kabin di ketinggian kira-kira 20 meter di tapak pembinaan di Persiaran KLCC, di sini, semalam.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Mior Muhammad Fikri Mohd Zaini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.43 petang dan satu jentera dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, mangsa berumur 27 tahun itu berjaya dibawa turun pada jam 7.46 malam dengan menggunakan bantuan menara kren bersebelahan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi Bernama berkata mayat lelaki warga tempatan itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), “ katanya.

—  BERNAMA

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI