Peguam kes I-Serve, MyAirline dibebaskan dengan jaminan polis

KUALA LUMPUR – Seorang peguam sebuah syarikat pelaburan dan dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline telah dibebaskan dengan jaminan polis, pada Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata lelaki berumur 62 tahun itu telah dibebaskan pada 9 malam di Balai Polis Pudu, di sini.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata peguam itu akan dipanggil semula untuk menyambung rakaman percakapan.

Pada 27 Okt, empat individu termasuk peguam itu telah ditahan pada Khamis bagi membantu siasatan kes syarikat pelaburan i-Serve dan dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline dan masing-masing direman satu hingga empat hari.

Beliau berkata kesemua suspek berkhidmat di syarikat i-Serve, dengan memegang jawatan pembantu kewangan, pengurus penyelidikan dan pembangunan (R&D), peguam dan pemegang saham.

Pada 17 Okt lepas, polis menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya, bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

— BERNAMA

 

Ikuti kami di media sosial

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI