Pelancong terpikat dengan keunikan Thaipusam

IPOH – Sambutan Thaipusam yang diadakan bersempena memperingati kelahiran Dewa Murugan, hari ini disambut dengan pelbagai acara keagamaan oleh penganut Hindu serta yang turut menjadi tarikan pelancong asing.

Tinjauan Malaysia Gazette (MG) Perak di Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramaniar, Gunung Cheroh, di sini mendapati, pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri perarakan kavadi dan periuk susu ‘pal koodam‘ serta memecahkan kelapa bagi membayar nazar dan menebus dosa.

Pelbagai gerai yang menjual barangan seperti pakaian, mainan, peralatan sembahyang, makanan, minuman serta manisan turut dilihat di sepanjang jalan dan di bahagian luar kuil.

Pelancong terpikat dengan keunikan Thaipusam
Penganut Hindu mula memenuhi Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramaniar, Gunung Cheroh, untuk melakukan upacara keagamaan sempena sambutan Thaipusam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 FEBRUARI 2025.

Pelancong dari Jerman, Niklas Ernst, 30, meluahkan rasa kagum dapat bersama-sama meraikan perayaan itu yang merupakan pengalaman pertamanya ketika melancong di Malaysia.

Dia yang pertama kali ke negara ini berkata, Malaysia adalah salah satu daripada beberapa buah negara lain di dalam senarai yang ingin dilawatinya di rantau Asia Tenggara.

“Saya mengetahui mengenai sambutan Thaipusam ini melalui satu pasangan yang mengesyorkan untuk melihat sendiri perayaan tersebut.

Pelancong terpikat dengan keunikan Thaipusam
Pelancong dari Jerman, Niklas Ernst, 30, menjawab pertanyaan media ketika ditemui di Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramaniar, Gunung Cheroh, Ipoh, sempena sambutan perayaan Thaipusam, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 FEBRUARI 2025.

“Apabila tiba di sini, saya berpeluang melihat bagaimana penganut Hindu meraikan Thaipusam dalam suasana penuh harmoni dengan tradisi cukup mengagumkan.

“Selain itu, saya juga teruja melihat kepelbagai budaya yang diterapkan di Malaysia kerana penduduk di negara ini yang terdiri daripada berbilang kaum saling menghormati antara satu sama lain,“ katanya yang tiba di Malaysia sejak 19 Januari lalu.

Sementara itu, Jessica Au, 40, dan Rochana Au, 36, dari London berkata, dia tidak pernah dapat meraikan sambutan Thaipusam ini adalah pengalaman pertama mereka dua beradik.

Katanya, walaupun bapa mereka berasal dari Ipoh, mereka tidak pernah berpeluang untuk mengikuti perayaan tersebut memandangkan mereka menetap di London.

Pelancong terpikat dengan keunikan Thaipusam
Pelancong dari London, Jessica Au, 40 (kiri) dan adik perempuannya Rochana Au, 36 (tengah) ketika ditemui di Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramaniar, Gunung Cheroh, Ipoh, sempena sambutan perayaan Thaipusam, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 FEBRUARI 2025.

Tambahnya, dia turut terpikat dengan keunikan perayaan Thaipusam yang disambut dalam suasana meriah diiringi alunan muzik yang berkumandang.

“Saya baru tiba dari London semalam tetapu adik saya sudah berada di sini sejak empat hari lalu. Saya tidak begitu tahu mengenai Thaipusam cuma yang saya tahu ia disambut oleh penganut Hindu.

“Bagaimanapun, pengalaman pertama kali mengikuti sambutan Thaipusam akan menjadi kenangan manis dalam kehidupan kami,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Larangan jual, minum arak sempena Thaipusam berjaya dilaksanakan

Polis Perak jamin sambutan Thaipusam berjalan lancar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI