MGPerak: Projek Akuaponik USAS Bantu Pelajar Asnaf Jana Pendapatan, Sokong Keterjaminan Makanan

9

IPOH – Projek akuaponik yang dilaksanakan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar bukan sahaja menyokong agenda keterjaminan makanan, malah membuka peluang kepada pelajar menjana pendapatan sampingan.

Akuaponik merupakan kaedah pertanian yang menggabungkan ternakan ikan atau akuakultur dengan penanaman sayuran tanpa tanah atau hidroponik dalam satu kitaran sumber air yang sama.

Projek yang dilaksanakan menerusi Akademi Sekuriti Makanan dan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat USAS itu mendapat pembiayaan RM100,000 daripada Maybank Islamic Berhad. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini